Picture taken from Lazada.
Salam Jumaat. Hari ni tiba tiba rajin pulak nak kongsi tentang Baby Bullet. Aku beli 1 set, konon konon untuk kegunaan anak. Semua gara gara follow Instagram Lara Alana.
Aku beli dengan Lazada, harga murah, tapi packaging teruk, kotak dah terkoyak. Lepas tu, guna tak lama, blade patah masa blend avocado. Sekarang aku cuma guna bekas bekas dia je buat simpan makanan anak. Huhuhu. Takda rezeki sungguh.
Kat sini aku kongsikan details tentang Baby Bullet ni.
• Selamat digunakan kerana BPA free
• Mudah digunakan kerana mempunyai bekas dan cawan yang khas
• Cepat disediakan
• Mudah dicuci
• Boleh mengawal tahap kehalusan kisaran mengikut umur
• Jimat kerana boleh dibuat dalam kuantiti yang kecil. Oleh itu, kurang pembaziran makanan
• Boleh disimpan dan diletakkan di tempat sejuk atau beku
• Tarikh penyimpanan juga boleh diletakkan bagi memastikan ibu-ibu tahu tahap kesegaran makanan tersebut
Blender dia takda button macam food blender biasa yg kita guna untuk blend cili tu, yang ni kita slotkan balang dia masuk dkt base power dia, lepas tu tekan kuat sikit, dia akan blend. Jadi kita boleh kawal kita nak halus macamana. Dalam set ni ada dia bagi ekali beg kecil untuk letak blender dgn balang blender. AKu balik kampung hari tu bawak beg tu je, senang, portable dan ringan.
Kadang kadang, bila kita bawa home-made baby food keluar bila kita keluar, dia cepat basi. Jadi, kalau aku jalan jauh, selalu aku beli pisang je, kemudian blend dekat bilik hotel.
Bawah ni pula spesifikasi:
Bahan: Keluli tahan karat, logam, dan plastik
Warna: Hijau
Dimensi kotak: 30 x 23 x 28 cm
Set mengandungi:
1 x mangkuk
1 x batch mangkuk berpenutup
1 x punca kuasa
1 x gabungan bilah kecil
1 x bilah pengisar
1 x tray mudah dibuka
1 x penutup tray mudah buka
6 x cawan penyimpanan
1 x spatula
1 x cawan kecil
1 x bekas reseal
1 x penutup bekas reseal
1 x tip proof tray
1 x poket nutrisi
1 x beg
Buku nutrisi yg disertakan sekali dalam set ni memang menbantu, tambah lagi bila kita baru jadi mak. Dia tunjukkan buah/sayur apa yang sesuai utk bayi mengikut peringkat umur sampai setahun. Dia juga ilustrasikan, kalau kita blend sebiji epal, berapa bekas kecil bullet tu muat utk simpan. Siap bagi guideline lagi, waktu bila nak bagi bayi makan.
All in all, memang berbaloi jugak la beli blender ni. Salam.
Friday, May 22, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment