I'm a grown woman. Forgive my previous posts. Some of it sounds childish. I hope the contents can help and add knowledge to you. Thanks for dropping by!

Thursday, August 27, 2009

satu minggu yang panjang..

at last..minggu yg aku rasa panjang sgt ni dah berakhir..kenapa panjang?the first factor is..aku ada banyak sgt test this week..then..aku tgh mengira hari utk pulang..akhirnya penantian aku akan berakhir dlm beberapa jam lg..
test sucks.di waktu nih aku masih lg berjaga..sdgkan miss khaleda hijazy dah lama terlelap..lost in her own world..dgn novel bertajuk deaver di tangan..mungkin terlampau penat memerah otak mencari soalan utk di tujukan khas kpd lily..rakan sekelas ketika pembentangan CTU pagi td..dan mungkin juga penat memerah otak menjawab soalan test nutrition for foodservice tengahari td..mungkin juga keletihan selepas membasuh baju dan menyiapkan lab report td..
berfikir sebenarnya menggunakan lebih byk tenaga..percaya taupun tidak..i just finished doing my assignment..yg aku salah topik dan harus di buat sekali lagi..penat..memang penat..
suka duka bergelar pelajar..these moments will be remembered..tak sabarnya rasanya menunggu siang..di Ramadhan ke 6 ini..cepatlah jam..nak balik..jumpa mak dan ayah..aku ada kerja yg harus disiapkan..datelinenya ahad ini..moga moga sempat..dgn izin Allah..

Sunday, August 23, 2009

pagi ini..

pagi ni..i cant sleep..why?because im alone..in my room..dah 2 days in a row aku tak tido malam..takot kot..wakaka..hari ni sahur nasi kerabu..bored..lambatnya malam khamis..nak balik umah..huhu..poems yg ada kat blog aku nih karya ciptaan sendiri ye..ada yg dr khaleda ja aku adaptasi..bukan ciplak..bukan gak meniru..

perut dah berkeroncong..bukan irama zapin..tp irama angin..mintak diri..perut kosong harus di isi..sampai jumpa lagi..

merdeka..

kita
merdeka
kita
terikat

kita
merdeka
kita
terlupa

kita
merdeka
kita
papa

kita
merdeka
kita
alpa

kita
merdeka
untuk apa?

Saturday, August 22, 2009

aku..(adaptasi dr khaleda hijazy - aku tak mahu pulang)

aku
ingin pulang
kenapa?
rindu ibu dan ayah

aku
mahu pulang
ke mana?
rumah di kampung

aku
akan pulang
bila?
khamis malam

aku
hari ini
malam ini
waktu ini
masih di sini

seorang tua..

seorang tua
duduk termenung
di atas pelantar
di bawah pondok

seorang tua
duduk berlunjur
menitis air mata
membasahi pelekat

seorang tua
duduk bersandar
fikirannya kusut
fikirannya melayang


seorang tua
duduk seorang
isteri meninggal
anak meninggalkan

Friday, August 21, 2009

depan jendela..

depan jendela
tingkap di buka
angin sepoi sepoi bahasa
aku terleka

depan jendela
tingkap terbuka
ku jengukkan kepala
manusia di mana-mana, melata

depan jendela
tingkap terbuka
angin menerpa
bintang merata-rata
aku hampa
aku terluka
aku berduka
di ambang Ramadhan yg mulia..

redha..

dua orang lelaki dan seorang perempuan..triange love..bila seorang suami tinggalkan isteri..seorang lelaki..kawan kpd si isteri..mengambil alih peranan menjaga si isteri...kemudian..si suami kembali..si isteri menerima dgn senang hati..si lelaki terguris..patah hatinya..

pengalaman yg di luahkan pada aku oleh seorang kenalan di ym..menitis air mata ketika aku membaca setiap patah pengalamannya..membuatkan aku memahami dgn lebih mendalam..kehidupan tak semestinya indah..dah kehidupan juga tak semestinya pahit..

setiap yg terjadi pasti ada alasan di sebaliknya..nasihat aku kpd teman tersebut..tabahkan hati..layakkah aku menasihati dia?sdgkan aku susah utk menerima nasihat..

Ramadhan..

Ramadhan thn ni..reminds me to the first Ramadhan that i spent during my first year of diploma..sedih..dah la that time..first time being far from my family..sahur plak dgn ikan kering..why?sbb lauk kat dining dah licin..

this year..celebrating Ramadhan..which is tomorrow..sahur dgn nasi goreng kampung uncle din cafe..erm..i wonder apa yg mak aku masak..my roomate have gone home..fetching by the father..leaving me alone..waa..

can't wait to go home next week..

kemalasan..

people are not lazy..they simply have an impotent goals - that is, goals that do not inspire them..setiap pagi aku bgn dgn kemalasan..tambah2 lg kalau hari kuliah..tapi kemalasan tu hilang lepas aku mandi..pelikkan?kdg buat aku terpikir..erm..kenapa setiap manusia ada perasaan malas?

adakah tahap kemalasan manusia berbeza mengikut bangsa?agama?atau negara?aku pon tak berapa pasti..tp jika di nilai mengikut keadaan..di malaysia khususnya..kaum melayu menjuarai carta kemalasan nih..buktinya?bandingkan lah tahap kejayaan melayu dgn kaum lain..

diploma dulu..sukatan pelajaran aku mewajibkan aku mengambil subjek bahasa mandarin..tak pernah sekali pon laoshi (cikgu) membatalkan kelas..comparinh tu malay lecturers..semester ni pon aku lg sekali amik mandarin..benda yg sama juga yg jadi..chinese lecturers never skipped and cancelled their classes..never comes late to classes..

di sekeliling pon..wujudnya manusia2 yg tahap kemalasannya membuatkan org2 annoyed..setiap hari juga..sebelum tidur..aku tanamkan azam supaya bila aku bgn keesokannya..tak ada lg perasaan malas yg dtg..dan setiap pagi itu juga..aku gagal..

Monday, August 17, 2009

manusia..

people..are hard to understand..today they talked..tomorrow they don't..kawan2..kenapa mau lawan?kata aristotle..wishing to be friends is quick work, but friendship is a slow ripening fruit..aneh @tidak..bilamana kawan2 kita mula tidak bercakap dgn kita..bilamana kawan2 kita mula tidak bertegur sapa..we will be wondering..di mana salahnya kita?di mana silapnya kita?
jalan sudah tidak sekata..walaupun sehaluan..tempo sudah tidak serentak..walaupun tariannya sama..

manusia..weird..pelik..unik..complicated..benar kata pepatah org2 tua..rambut sama hitam tp hati lain2..masih rasionalkah lg diaplikasikan pd zaman kini?zaman di mana rambut sudah tidak sama hitam..apatah lg hati..

melayu..bagaimana mahu bersatu?jika di dlm komuniti yg kecil pon sudah mahu bertelagah..
manusia..sukar utk di duga..diamnya kadangkala membawa makna..lebih parah jika membawa bala..

peliknya bila org di sekeliling (sorang 2 ja ye)..yg mula menjauhkan diri..mula menyepikan diri..mula mengasingkan diri..mula menghindarkan diri..

kumpulan besar menjadi kecil..di mana kurangnya?bila masing2 mula memendam rasa..di khuatiri satu hari akan terletus jua..bila sampai saatnya..segalanya pasti musnah..

kenangan..mkn bersama..tidur bersama..ronggeng bersama..hubungan isi dgn kuku..kawan..saudara kononnya..pasti hilang dlm sekelip mata..

dah puas ku tepuk dada..ku tanya selera..kata pepatah Inggeris..friends share..friends care..
yes!we share..but do we care?

pink..

why pink?aku bkn la taksub sgt dgn pink..but most of my clothes are pink..mungkin suratan..mungkin juga kebetulan..pink..is the color of love..pink provides feelings of caring,tenderness,self-worth and love..

pink juga warna kegemaran Rasulullah SAW..selalunya pink dikaitkan dgn perempuan yg manja..yg agak gedik..etc..etc..bila kita kata ja fav color is pink..then people start usha kita pelik ja..we can't stereotype people berdasarkan warna kegemaran..can we?

salam perkenalan..

to anyone out there..welcome to my blog..this is actually my second blog..the first blog was produced 3 years ago..tp skrg dah deleted pon..blog ni bkn di reka utk menulis ttg hikayat atau asal usul seorang manusia..bkn juga utk bercerita ttg dongeng seorang manusia..

kenapa blog aku ni di wujudkan?aku pon blom ada jwpn..mungkin utk meluahkan apa yg aku rasa..mungkin utk berkongsi apa yg aku lalui..mungkin juga utk mencoretkn kata nasihat..tp walau sejuta perkataan pon yg aku tulis..blom tentu akan ada yg sudi membaca tulisan aku..blom tentu akan ada seorang pon yg akan meluangkan masa sejenak utk meneliti blog aku yg wujud di antara berjuta blog yg lain..

salah satu sebab kenapa aku wujudkan blog ni pd pagi ini..satu ja alasannya..because i can't sleep..as simple as that..bknlah bermakna aku anggap blog ini sbg cara utk membunuh waktu..

there's too much words that i would like to write here..too much stories that i would like to tell here..too much experience that i would like to share here..bunyinya agak hyperbola mungkin..mana mungkin insan seperti aku yg baru mencelikkan mata 22 tahun mempunyai too much everythingkan?

aku masih mencari topik yg sesuai utk ku mulakan blog ni..