I'm a grown woman. Forgive my previous posts. Some of it sounds childish. I hope the contents can help and add knowledge to you. Thanks for dropping by!

Friday, October 1, 2010

tentang Dajjal..

Gerun tak nengok tajuk entry aku? Cewah. Setelah lama tidak mengupdate blog. Hoho. Bukan apa. Nak kata aku ini ada ilmu agama yg hebat, memang dah sah2 la tidakkan. Kebetulan aku buka tv9 tgk ada rancangan Halaqah yg membincangkan tajuk tentang Dajjal. Justeru itu aku rasa macam nak share la sikit apa yg aku dgr, moga2 dpta aku jadikan panduan pada diri aku sendiri dan sesiapa yg kebetulan terbaca entry nih. Wah. Ok2 begini. Apa yg aku taip di bwh nih ialah hujah2 dan ayat2 yg aku sempat catit la tatkala Dr. Danial Zainal Abidin berkata-kata.

Dr. Danial ni dah tua tau tapi kalau tgk nama mesti korang ingat dia muda lagikan? Kan? Sudah2. Mari teruskan. Dr. Danial ialah seorang pakar motivasi dan pengamal perubatan Islam, kalau aku tak salah. Korang Google la sendiri cari pasal dia.
Bab pertama; siapa Dajjal?

Menurut Ahmad Thompson (seorang penulis), perkataan Dajjal dtg dari perkataan Arab ‘dajalah’ yg bermaksud yg menutup, yg menimbus. Yakni, Dajjal ini tugasnya atau niatnya ialah utk menutup kebenaran menggunakan kekufuran. Dia juga mengelirukan manusia dgn mencantikkan kesesatan. Dan Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s, berkemungkinan di Jerusalem. Dajjal mata kanannya buta, dan mata kirinya bersinar.

Menurut Ahmad Thompson lg, Dajjal ni dtg melalui 3 bentuk;
1. Ideology seperti hedonism (kepercayaan bahawa keseronokan adalah benda yg paling penting dlm hidup-free sex etc)
2. Kelompok manusia yg sukakan kekufuran dan suka utk hancurkan Islam
3. Dan di saat kemuncak nanti, aka nada pemimpin yg hebat di dunia yg
menggunakan kekuasaan utk menghancurkan kebenaran

Menurut hadis Nabi s.a.w, riwayat Muslim;
1. Dajjal akan focus pd kekufuran. Dia tak peduli ttg amal ibadat kita. Apa yg dia tahu adalah utk tegakkan kekufuran.
2. Di dahinya ada tertulis perkataan kaf, fa dan rho.
3. Jika seseorang itu ingkar dan tidak mahu mengikut Dajjal, dia akan mengugut dgn mengatakan bahawa semua harta benda kita akan mengikutnya.
4. Dajjal dtg dgn membawa api dan air. Api yg dibawa sebenarnya adalah air, dan air yg dibawa dalah sebenarnya api. Kata Dr. Danial, ini diibaratnya oleh media massa dimana terdapat byk putar belit. Yg salah dikatakan betul, dan yg betul dikatakan salah.
5. Dajjal juga akan dtg dgn membawa sesuatu yg seumpama syurga dan neraka.
6. Dan bila Dajjal dtg, dia dtg dgn membawa kekuasaan seperti memanggil hujan di kawasan yg kering serta menyuburkan tanah yg gersang dgn menghidupkan pokok2.

Pesan Dr Danial, pada akhir zaman ini, haruslah difokuskan perhatian kpd anak2 muda utk mengelakkan kesesatan. Beliau juga berpesan supaya menghafal 10 ayat perkataan surah Al-Kahfi, utk mengelakkan fitnah Dajjal. Gerun tak? Aku gerun. Huhu. Sampai nanti.

0 comments:

Post a Comment