I'm a grown woman. Forgive my previous posts. Some of it sounds childish. I hope the contents can help and add knowledge to you. Thanks for dropping by!

Wednesday, August 3, 2016

Pengalaman guna Pigeon Nose Cleaner/Nasal Aspirator untuk sedut hingus bayi.

Assalamualaikum. It has been a while. Rindu nak menulis, tapi masa mencemburui. I have been busy managing my son and my household. Baru-baru ni, anak kecil saya demam. Dah banyak bulan tak demam. Allah bagi pahala percuma untuk saya agaknya di Ramadhan ni. Alhamdulillah.

Hari dah hari keempat, selsema dan demam dah sudah, batuk pula. Sampai garau suaranya. ANyhow, what I am going to share is my first experience using nasal aspirator and nebulizer. Anak saya selsema teruk, sampai tersumbat hidungnya.

Tak pernah terfikir nak beli Nasal Aspirator buat simpan. Dulu pernah beli yang manual, macam tak berfungsi sangat. Terakhir anak saya selsema, masa di Kedah. Terus ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Yeoh di Teluk Wanjah untuk sedut saja hingusnya. Ni di Kulai, macam takda pengalaman klinik mana yang ada. Selsema pula tengah malam! Kesian benar tengok, kejap-kejap terjaga tidur. Dengan kita-kita sekali tak boleh nak lelap.

Googled la Klinik Pakar Kanak-Kanak di Kulai, tapi semuanya beroperasi sampai malam ja. Takda yang sampai 24 jam. Dulu pernah pergi Klinik Khor and Khor di Sutera, dekat-dekat Bukit Indah juga. Tapi tutup pukul 9 malam. Jumpa satu klinik ni, Klinik Dr. Hanafi (dulu namanya Klinik Annisa), yang beroperasi 24 jam. Berdekatan dengan Besmart. Bagus doktornya, Dr. Hanafi. Mulanya, saya mintak untuk dia sedut ja hingus tu. Tapi doktor nak bagi ubat dulu, katanya. Ok lah.

Nak jadi cerita, malam esoknya pun tak boleh tidur lagi. Terbangun, menangis, sakit hati sebab hidung sangkut, campur dengan kahak. Googled lagi klinik 24 jam di kawasan Kulai, telefon satu-satu, checked kalau ada boleh sedut hingus. Semuanya takda. Huuu. Solusi terakhir, telefon Dr. Hanafi.

Dia cakap, datanglah. Lebih kurang pukul 1 pagi kitorang sampai klinik. Jauh tu dari Kulai. Dr. Hanafi cadangkan untuk bagi sedut nebulizer je. Katanya lebih thorough berbanding dengan sedut hingus. Oklah. Jenuh berperang, berselang tangisan dengan jeritan. RM50 cajnya hoi. Gas 1 minit, perjalanan dekat sejam pergi balik. Nebulizer katanya kena buat 3 hari, pagi dan petang.

Kitorang singgah AMPM Pharmacy di Kulai, beli Nasal Aspirator brand Pigeon, RM17.90. Sedut secara manual. Sebelum sedut tu, saya bedung dengan kain batik. Alhamdulillah, berkesan. Banyak juga mukus keluar. Kalau tau, dari hari pertama lagi kitorang beli dan sedut. I have to say, this Nasal Aspirator from Pigeon is quite good. Senang nak guna. Plus, hingus tu takkan tersedut masuk ke mulut sebab dia ada fungsi Backflow Prevention. Nozzle juga tak cederakan hidung baby. My advice is, always have a nasal aspirator if you have baby or toddler. Sangat membantu!