Salam. Bukanlah aku nak bercerita dgn terperinci sangat berkaitan dgn pengalaman bersalin ni, cuma nak berkongsi sikit servis di Pusat Rawatan ni. Sebab utama aku pilih nak bersalin dekat sini adalah sebab aku takut sakit (masa kecik terkena semalu pun mandi angkat kaki takut sakit), jadi bersalin di hospital kerajaan bukanlah pilihan aku, dan Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku dan suami. Sebab kedua ialah aku nak doktor perempuan dan aku dapat tau dari mak aku yg Mahusri memang doktor perempuan, ada 2 orang, Dr. Haida dan Dr. Rohana.
Aku mulakan check up di sini masa usia kandungan 7 bulan, selang seli dgn check up di klinik kerajaan. Mahsuri beroperasi setiap hari kecuali Jumaat Sabu dan cuti umum. Waktu servis dia dari 9 pagi sampai 9 malam, rehat pukul 1 sampai 2 ptg. Tapi kalau kecemasan nak beranak, datang saja pukul berapa pun dan bagitau pengawal dekat luar. Mahsuri ni dia bukanlah khusus untuk bersalin saja, tapi utk pesakit luar jugak boleh datang. Tingkat bawah ada 2 tandas dan Surau. Ada seorang Paediatrician, Dr. Farid yg berulang alik antara Mahsuri dan KMC, pagi di Mahsuri sampai pukul 1.
Aku dijangkakan bersalin pada 22 Ogos, tapi hari tu aku takda sakit sakit atau apa apa tanda. Tapi, me being me the scaredy cat, jadi resah gelisah pg 22 Ogos tu. Bukan apa, sebab takda tanda tanda, takut tiba tiba anak meluncur keluar. Aku tanya mak aku, nak pi ka check ni? Mak aku dok tanya, hang rasa sakit apa apa dak? AKu cakap la tak, tapi laki aku suruh pi jugak check. Jadi tengahari tu aku pun pi la Mahsuri. Sampai sana aku bagitau yg aku expected hari ni, tapi belum ada apa apa tanda. Kakak nurse yg baik hati tu pun panggil bidan, dan suruh aku ikut masuk labour room nak check bukaan. Labour room?? Cuak aku beb. Masa check bukaan, aku macam terkejut sebab sakit hokaayy. Selama ni duk bayang macam tak sakit. Bidan pulak tangan besar. Hmm.
Dekat Mahsuri cuma ada 2 Labour Room dan terletak di tingkat bawah, manakala tingkat atas ada nurseri dgn bilik wad. Lepas check bukaan tu, bidan tanya nak terus check in atau nak datang semula petang. Of course la aku pilih nak balik rumah dulu. Kebetulan bilik utk seorang penuh dan petang baru kosong. Mahsuri ada 4 wad untuk 1 katil dan 1 wad 4 katil. Bilik yg aku dapat nama dia Suite Siti Khadijah, RM180 semalam, yg bilik 4 katil caj dia RM150 semalam. Selain Suite Siti Khadijah, ada Siti Mariam dan aku tak berapa sempat ingat, yg utk 4 katil pulak nama dia Siti Hajar.
Yang selesanya bilik 1 katil ni, ada bilik air sendiri la, lepas tu boleh ada maksimum 2 orang waris utk teman. Jadi malam tu mak dgn suami aku teman aku tidur. Sorang tidur atas kerusi yg berkusyen dan seorang lagi kena bawa tilam nipis dgn bantal tambahan. lepas tu ada almari, termos air (nurse akan refill) dgn tv. Ada jugak air cond dgn kipas. Kakak kakak nurse memang sangat baik dan ramah dan ringan tangan utk membantu kita.
Petang 22 Ogos tu lepas berkemas dan makan sepuas-puasnya, aku pun bertolakla ke Mahsuri dgn perasaan takut yg amat sampai bila nampak saja bangunan Mahsuri tu, meleleh air mata aku. Huuu. Sebelum masuk bilik, kena lagi sekali check bukaan, tapi masih sama dgn masa mula mula check. Lepas tu bidan masukkan ubat utk buang air besar, sebelum nak check kali ketiga. Lepas masuk ubat melalui lubang dubur (sakit jugak sikit), aku buang air, lepas tu check lagi (sambil tangan memegang erat besi katil). Aku zikir Ya Fattah masa bidan buat checkup bukaan serviks tu, dan Masya Allah, sakit tu tak terasa dah. Lepas kali ketiga, bidan cakap bukaan masih sama, jadi dia suruh aku naik bilik dan makan dulu puas puas sebelum kena pantang. Tapi aku tak berani makan banyak sebab taknak kena masuk ubat berak dah. Huuu.
Malam tu pun aku takda sakit sakit teruk atau tanda tanda lagi. Esoknya dalam pukul 9 pagi lebih, doktor yg bertugas, Dr. Haida datang nak check. Dia tanya aku ada sakit tak, dan aku jawab takda sangat. Dia tanya aku, nak balik dulu atau macamana. Tapi, dia nak check bukaan dulu, dan ada tambahan bukaan sikit. Dr. Haida cadangkan utk pecahkan ketuban utk elakkan tak nak anak lemas sebab dah lebih 1 hari dari expected date. Dr. Haida suruh aku makan dulu puas-puas lepas tu bila dah sedia panggil nurse utk turun ke labour room. Aku turun ke bawah lebih kurang pukul 11.30 pagi, bidan pecahkan ketuban. Lepas dah siap, aku dah tak dibenarkan turun dari katil tu dah. Aku bawak air masak/zamzam dgn kurma buat bekal. Bidan masukkan ubat untuk cepatkan bukaan.
Aku mulanya terfikir nak ambil epidural, tapi memandangkan harga dia RM500 utk 1 dos, aku batalkan aja la. Ada lagi satu ubat yg murah banyak, RM50 tapi aku tak ingat nama dia. Agak lama jugakla aku bertahan sebelum aku mintak ubat tu. Tapi sebelum nurse nak masukkan ubat tu dia check lagi bukaan sebab takut takut dah boleh terus bersalin. Lepas dah check tu, dia masukkan ubat tu. Aku jadi macam mengantuk, jadi khayal, terawang awang rasa dia sampai aku cakap apa pun aku tak ingat. Tetapi sebenarnya takda la ubat tu kurangkan sakit un. Sama ja, cuma aku jadi mengantuk, jadinya aku tak fokus kat sakit tu.
Sampai la beberapa minit lepas tu, nurse dgn bidan suruh aku mengiring utk cepatkan lagi bukaan sebab walaupun dah tambah lagi 1 dos ubat tetap bukaan tak bertambah. Lepas mengiring tu, bidan tanya ada rasa nak buang air besar tak, aku cakap takla (sebenarnya aku pun dah taktau nak gambarkan macamana yg aku rasa). Sebenarnya, aku ada jugak rasa nak berak tapi aku taknak cakap sebab taknak bidan masukkan lagi ubat berak. Huu. Rupa-rupanya, rasa nak berak tu menandakan yg bukaan dah cukup dan aku dah boleh meneran. Hmm. Sampai la bidan cakap, kalau adik rasa nak berak, berak je dik. Jadi aku cakap, ada la rasa nak berak tu. Bidan check utk yg kali terakhir, lepas tu Dr. Haida dtg dan nurses 3 orang datang dekat aku. Dr. Haida kangkangkan kaki aku, selit dekat penahan besi utk elak aku tendang dia. hoho.
Sebelum bersalin aku ada jugak blogwalking tips utk bersalin. Tips yg PALING BERGUNA ialah, bila meneran macam mana pun JANGAN angkat punggung, sebab tu boleh elakkan koyakan yg ekstrem. Bidan memang ada pesan dah masa dia check bukaan tu. Tips kedua, TARIK NAFAS dan teran, kemudian baru lepaskan nafas. Tips ni betul betul berguna sampai nurses tu puji aku pandai meneran. Lagi satu, aku takda buat air selusuh atau minum air akar fatimah bagai. Aku cuma minum air Yasin yg mak aku buatkan. Ni tips yg aku dapat dari seorang kawan yg dah beranak 3 kali. Aku ada dengar Ustaz Kazim Elias cakap, berbuat baiklah dgn suami masa mengandung, insya Allah, mudahlah kita bersalin. Ohoi.
Selalu kita tengok suami suami akan pegang tangan binikan bila meneran, tapi ni Dr. Haida suruh aku pegang besi kat kiri kanan katil, lepas tu laki aku kena tolak kepala aku ke bawah setiap kali aku teran, utk badan berbentuk C. Kena teran setiap kali rasa sakit atau setiap kali contraction datang. Pukul 3 ptg aku mula meneran, dan Alhamdulillah anak keluar pukul 3.18 ptg. Sebenarnya beranak tak sakit, cuma sakit bila masa nak tunggu bukaan cukup 10cm, dan penat sebab meneran. Nak makan dah tak boleh, cuma boleh makan kurma dan minum air ja. Alhamdulillah la, anak tak besar, kalau tidak lagi penat nak meneran.
Lepas dah selesai bersalin, Dr. Haida keluarkan uri pulak, tapi dia pesan masa tu jangan teran. Kemudian, dia tinggalkan aku berehat dulu, sebab dia ada lago seorang pesakit kat sebelah, yg kebetulan namanya sama dgn aku. Lepas selesai yg sebelah, dia datang semula utk jahit luka aku. Orang selalu cakap bab jahit yg paling sakit. Jadi, aku terus cakap aku nak bius dulu. Dr. Haida cucuk bius dah teruskan menjahit. Sebab bius tu, aku rasa geli geli, Alhamdulillah. Rasa lega gila lepas dah selamat semua. Nurse cuci uri aku, balut dnan serahkan dkt laki aku. Oh, sebelum Dr. Haida ke sebelah utk beranakkan lagi seorang, dia letakkan anak aku dkt atas aku kejap, fresh from the oven, belum dicuci betul betul. Macam tak percaya beb. Huahuahua.
Lepas tu nurse datang surung aku atas wheelchair utk naik ke bilik. Sebelum aku turun pagi tu, diorang dah bagi menu utk aku pilih nak makan apa. Lepas naik atas katil tu, aku sepatutnya rehat tapi aku tak boleh tidur. Kaki dan lutut aku mengigil sampai ke malam. Lebih kurang pukul berapa tah, nurse datang bawak anak utk bagi susu, tapi anak aku lebih berminat utk tidur, dan dia takmau susu. Aku risau jugak kalau kalau dia lapar. Malam tu lagi sekali nurse bawak dtg bilik, masa tu baru dia nak makan, tapi aku sendiri kekok tak tau cara nak pegang. Tanpa rasa malu, aku terpaksa minta tolong nurse tunjukkan. Alhamdulillah, nurse baik sangat kat situ ajar macam mana nak pegang.
Lepas bersalin tu, nurses akan tolong mandikan dan pakaikan baju bati milik hospital. Jadi kita cuma perlu bawak sehelai saja utk bayi pakai masa nak check out. Diapers semua guna yg hospital. Esok paginya, Dr. Haida dtg melawat dan check luka, tanya kau boleh kencing ke tak.Kemudian nurse dtg hantar makanan lagi utk tengahari. Aku checkout lebih kurang 3 ptg.
Aku dah cuba utk pendekkan karangan aku ni, tapi aku memang tak dapat dan tak pandai nak memendekkan cerita. Anyhow, I hope this helps. Sebab aku pun tercari-cari tips dan pengalaman bersalin masa mengandung dulu. Any questions, feel free to drop at the comment section ya. Salam.
p/s: Kos bersalin campur ubat campur bilik utk bersalin normal yg aku kena lebih kurang RM2300. Affordable kalau nak dibandingkan dgn KMC atau pun INS Specialist.
Tuesday, February 24, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)