I'm a grown woman. Forgive my previous posts. Some of it sounds childish. I hope the contents can help and add knowledge to you. Thanks for dropping by!

Saturday, September 5, 2009

yang kedua..to miss khaleda hijazy..

sayang..
menjadi yg kedua..tidak sesukar yg di bayangkan..
menjadi yg kedua..tidak juga sesenang yg diimpikan..
menjadi yg kedua..memerlukan keberanian..
menjadi yg kedua..memerlukan kebijaksanaan..

menjadi yg kedua..harus tabah..
menjadi yg kedua..harus sabar..
menjadi yg kedua..perlu pengorbanan..
menjadi yg kedua..perlu kegembiraan..

pertimbang dulu mana yg penting..
fikir dulu utk diri sendiri..
kerana..
menjadi yg kedua..pasti byk pahitnya dr manis..

10 soalan yg sukar utk di jawab..

1.Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
2.Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
3.Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
4.Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam? 
5.Kenapa pembakar roti dirumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?
6.Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
7.Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F,G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?
8.Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?
9.Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?
10.Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan diatas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?

love..

"Love does not begin and end the way we seem to think it does. Love is a battle, love is a war, love is a growing up"-James A. Baldwin..

sebenarnya..kita tak tahu bila sebenarnya atau bila saatnya..love begins..lucukan?but love can sometimes be a magic..but magic..sometimes..can be illusion..

what is true love?bagaimana caranya kita mendefinisikan cinta?dalam kamus oxford sendiri..terdapat banyak definition for love..(1)Affection - a strong feeling of deep affection for somebody/something..(2)Romantic - a strong feeling of affection for somebody that you are sexually attracted to..

there are about 6 meanings of love..tp di sini aku nyatakan cuma yg berkaitan dgn manusia..love is strong affection..?bukankah strong affection existed hanya pada awal perkenalan?

can this strong affection really last forever?ungkapan seperti..i love you forever..my love for you is forever..tp..setakat manakah forever itu?how do we measure forever?

persoalan ini sering berlegar dlm minda aku..i believe in love..tp..entahlah..bagaimana kalau..we love each other..but the strong affection has fade away..leaving only affection..but we are comfortable..and need each other..does this relationship considers as love?

when it comes to love..byk persoalan yg tak terungkai..yg tak terungkap..yg tak terjawab..love is mysterious..

kosongnya minda..

hari ini..kepala ku pusing..perotku sakit..jiwaku lemah..kenapa?aku sendiri tak ada jawapan utk itu..adakah setiap perkara..setiap perbuatan..setiap patah perkataan..memerlukan sebab?

mungkin pada pendapat orang lain ya..tp pada aku..i always do things without reasons..mungkin ada alasan sebenarnya..tp mungkin tak begitu jelas..

hari ini..keseorangan lagi di bilik..miss khaleda hijazy sudah berangkat pulang..di jemput ayahanda bonda tersayang..keseorangan di bilik..membuatkan aku berfikir..melayan perasaan..

Thursday, August 27, 2009

satu minggu yang panjang..

at last..minggu yg aku rasa panjang sgt ni dah berakhir..kenapa panjang?the first factor is..aku ada banyak sgt test this week..then..aku tgh mengira hari utk pulang..akhirnya penantian aku akan berakhir dlm beberapa jam lg..
test sucks.di waktu nih aku masih lg berjaga..sdgkan miss khaleda hijazy dah lama terlelap..lost in her own world..dgn novel bertajuk deaver di tangan..mungkin terlampau penat memerah otak mencari soalan utk di tujukan khas kpd lily..rakan sekelas ketika pembentangan CTU pagi td..dan mungkin juga penat memerah otak menjawab soalan test nutrition for foodservice tengahari td..mungkin juga keletihan selepas membasuh baju dan menyiapkan lab report td..
berfikir sebenarnya menggunakan lebih byk tenaga..percaya taupun tidak..i just finished doing my assignment..yg aku salah topik dan harus di buat sekali lagi..penat..memang penat..
suka duka bergelar pelajar..these moments will be remembered..tak sabarnya rasanya menunggu siang..di Ramadhan ke 6 ini..cepatlah jam..nak balik..jumpa mak dan ayah..aku ada kerja yg harus disiapkan..datelinenya ahad ini..moga moga sempat..dgn izin Allah..

Sunday, August 23, 2009

pagi ini..

pagi ni..i cant sleep..why?because im alone..in my room..dah 2 days in a row aku tak tido malam..takot kot..wakaka..hari ni sahur nasi kerabu..bored..lambatnya malam khamis..nak balik umah..huhu..poems yg ada kat blog aku nih karya ciptaan sendiri ye..ada yg dr khaleda ja aku adaptasi..bukan ciplak..bukan gak meniru..

perut dah berkeroncong..bukan irama zapin..tp irama angin..mintak diri..perut kosong harus di isi..sampai jumpa lagi..

merdeka..

kita
merdeka
kita
terikat

kita
merdeka
kita
terlupa

kita
merdeka
kita
papa

kita
merdeka
kita
alpa

kita
merdeka
untuk apa?

Saturday, August 22, 2009

aku..(adaptasi dr khaleda hijazy - aku tak mahu pulang)

aku
ingin pulang
kenapa?
rindu ibu dan ayah

aku
mahu pulang
ke mana?
rumah di kampung

aku
akan pulang
bila?
khamis malam

aku
hari ini
malam ini
waktu ini
masih di sini

seorang tua..

seorang tua
duduk termenung
di atas pelantar
di bawah pondok

seorang tua
duduk berlunjur
menitis air mata
membasahi pelekat

seorang tua
duduk bersandar
fikirannya kusut
fikirannya melayang


seorang tua
duduk seorang
isteri meninggal
anak meninggalkan

Friday, August 21, 2009

depan jendela..

depan jendela
tingkap di buka
angin sepoi sepoi bahasa
aku terleka

depan jendela
tingkap terbuka
ku jengukkan kepala
manusia di mana-mana, melata

depan jendela
tingkap terbuka
angin menerpa
bintang merata-rata
aku hampa
aku terluka
aku berduka
di ambang Ramadhan yg mulia..

redha..

dua orang lelaki dan seorang perempuan..triange love..bila seorang suami tinggalkan isteri..seorang lelaki..kawan kpd si isteri..mengambil alih peranan menjaga si isteri...kemudian..si suami kembali..si isteri menerima dgn senang hati..si lelaki terguris..patah hatinya..

pengalaman yg di luahkan pada aku oleh seorang kenalan di ym..menitis air mata ketika aku membaca setiap patah pengalamannya..membuatkan aku memahami dgn lebih mendalam..kehidupan tak semestinya indah..dah kehidupan juga tak semestinya pahit..

setiap yg terjadi pasti ada alasan di sebaliknya..nasihat aku kpd teman tersebut..tabahkan hati..layakkah aku menasihati dia?sdgkan aku susah utk menerima nasihat..

Ramadhan..

Ramadhan thn ni..reminds me to the first Ramadhan that i spent during my first year of diploma..sedih..dah la that time..first time being far from my family..sahur plak dgn ikan kering..why?sbb lauk kat dining dah licin..

this year..celebrating Ramadhan..which is tomorrow..sahur dgn nasi goreng kampung uncle din cafe..erm..i wonder apa yg mak aku masak..my roomate have gone home..fetching by the father..leaving me alone..waa..

can't wait to go home next week..

kemalasan..

people are not lazy..they simply have an impotent goals - that is, goals that do not inspire them..setiap pagi aku bgn dgn kemalasan..tambah2 lg kalau hari kuliah..tapi kemalasan tu hilang lepas aku mandi..pelikkan?kdg buat aku terpikir..erm..kenapa setiap manusia ada perasaan malas?

adakah tahap kemalasan manusia berbeza mengikut bangsa?agama?atau negara?aku pon tak berapa pasti..tp jika di nilai mengikut keadaan..di malaysia khususnya..kaum melayu menjuarai carta kemalasan nih..buktinya?bandingkan lah tahap kejayaan melayu dgn kaum lain..

diploma dulu..sukatan pelajaran aku mewajibkan aku mengambil subjek bahasa mandarin..tak pernah sekali pon laoshi (cikgu) membatalkan kelas..comparinh tu malay lecturers..semester ni pon aku lg sekali amik mandarin..benda yg sama juga yg jadi..chinese lecturers never skipped and cancelled their classes..never comes late to classes..

di sekeliling pon..wujudnya manusia2 yg tahap kemalasannya membuatkan org2 annoyed..setiap hari juga..sebelum tidur..aku tanamkan azam supaya bila aku bgn keesokannya..tak ada lg perasaan malas yg dtg..dan setiap pagi itu juga..aku gagal..

Monday, August 17, 2009

manusia..

people..are hard to understand..today they talked..tomorrow they don't..kawan2..kenapa mau lawan?kata aristotle..wishing to be friends is quick work, but friendship is a slow ripening fruit..aneh @tidak..bilamana kawan2 kita mula tidak bercakap dgn kita..bilamana kawan2 kita mula tidak bertegur sapa..we will be wondering..di mana salahnya kita?di mana silapnya kita?
jalan sudah tidak sekata..walaupun sehaluan..tempo sudah tidak serentak..walaupun tariannya sama..

manusia..weird..pelik..unik..complicated..benar kata pepatah org2 tua..rambut sama hitam tp hati lain2..masih rasionalkah lg diaplikasikan pd zaman kini?zaman di mana rambut sudah tidak sama hitam..apatah lg hati..

melayu..bagaimana mahu bersatu?jika di dlm komuniti yg kecil pon sudah mahu bertelagah..
manusia..sukar utk di duga..diamnya kadangkala membawa makna..lebih parah jika membawa bala..

peliknya bila org di sekeliling (sorang 2 ja ye)..yg mula menjauhkan diri..mula menyepikan diri..mula mengasingkan diri..mula menghindarkan diri..

kumpulan besar menjadi kecil..di mana kurangnya?bila masing2 mula memendam rasa..di khuatiri satu hari akan terletus jua..bila sampai saatnya..segalanya pasti musnah..

kenangan..mkn bersama..tidur bersama..ronggeng bersama..hubungan isi dgn kuku..kawan..saudara kononnya..pasti hilang dlm sekelip mata..

dah puas ku tepuk dada..ku tanya selera..kata pepatah Inggeris..friends share..friends care..
yes!we share..but do we care?

pink..

why pink?aku bkn la taksub sgt dgn pink..but most of my clothes are pink..mungkin suratan..mungkin juga kebetulan..pink..is the color of love..pink provides feelings of caring,tenderness,self-worth and love..

pink juga warna kegemaran Rasulullah SAW..selalunya pink dikaitkan dgn perempuan yg manja..yg agak gedik..etc..etc..bila kita kata ja fav color is pink..then people start usha kita pelik ja..we can't stereotype people berdasarkan warna kegemaran..can we?

salam perkenalan..

to anyone out there..welcome to my blog..this is actually my second blog..the first blog was produced 3 years ago..tp skrg dah deleted pon..blog ni bkn di reka utk menulis ttg hikayat atau asal usul seorang manusia..bkn juga utk bercerita ttg dongeng seorang manusia..

kenapa blog aku ni di wujudkan?aku pon blom ada jwpn..mungkin utk meluahkan apa yg aku rasa..mungkin utk berkongsi apa yg aku lalui..mungkin juga utk mencoretkn kata nasihat..tp walau sejuta perkataan pon yg aku tulis..blom tentu akan ada yg sudi membaca tulisan aku..blom tentu akan ada seorang pon yg akan meluangkan masa sejenak utk meneliti blog aku yg wujud di antara berjuta blog yg lain..

salah satu sebab kenapa aku wujudkan blog ni pd pagi ini..satu ja alasannya..because i can't sleep..as simple as that..bknlah bermakna aku anggap blog ini sbg cara utk membunuh waktu..

there's too much words that i would like to write here..too much stories that i would like to tell here..too much experience that i would like to share here..bunyinya agak hyperbola mungkin..mana mungkin insan seperti aku yg baru mencelikkan mata 22 tahun mempunyai too much everythingkan?

aku masih mencari topik yg sesuai utk ku mulakan blog ni..